Cerita Kami.

Kami ialah “D S Auto Enterprise Sdn Bhd” – syarikat yang dipercayai sebagai pakar pemulih drive shaft dan stereng rak yang beroperasi di Selangor, Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1991, kami fokus dalam pembekalan drive shaft, stereng rak dan stereng pam yang dibaikpulih semula serta yang baru.

Kami beroperasi dengan amanah, salah satu nilai yang diutamakan oleh pengasas Syarikat. Bila syarikat ditubuh, pengasas kami menegaskan bahawa semua bahan mentah perlu diuji. Walaupun sumber kewangan terhad, beliau tetap mencapai matlamatnya dengan mengujikan bahan mentah dengan kereta beliau. Beliau akan menggunakannya selama beberapa bulan sebelum membuat keputusan untuk gunakan dalam kerja balik pulih.

Pada masa kini, kami mempunyai mesin diagnostik sendiri untuk memastikan kualiti yang paling tinggi. Keinginan untuk menjadi jenama anda yang dipercayai masih kekal sebagai matlamat mutlak kami. Kualiti tanpa kompromi, itulah yang kami percayai.

Quality means doing it right when no one is looking.

HENRY FORD

STRATEGI

Kami sentiasa memberikan komitmen besar dalam butiran kecil.

Visi kami adalah untuk menjadi pusat sehenti yang terbaik bagi sistem driveline kereta. Kami sentiasa berusaha menambah baik proses kami supaya mencapai tahap kecekapan dan kualiti yang lebih baik. Matlamat kami adalah untuk membekalkan produk yang paling murah, servis yang paling hebat dan kualiti yang tiada tandingan.

A few cars parked in a D S Auto car service centre with the trunk opened waiting to be repaired.
A car mechanic is currently inspecting a drive shaft next to a jacked up car.

Cara kami beroperasi

Amanah, amanah, dan amanah.

Kami faham bahawa proses membeli alat ganti automotif boleh menjadi pengalaman yang sangat menakutkan kerana anda tidak pasti kalau anda telah beli alat ganti yang betul, pada kualiti yang baik, untuk harga yang adil. Di D S Auto, kami berjanji bahawa kami akan sentiasa mengutamakan etika dan bukan keuntungan jangka pendek. Kami mahu anda kembali atas sebab yang betul!

Pasukan Kami

Segala yang dicapai adalah atas usaha pasukan kami.

Pasukan kami adalah antara yang paling positif dan bermotivasi. Kami sentiasa berusaha untuk memupuk, mengekal dan memajukan budaya serta individu. Mereka adalah masa depan Syarikat.

A diverse group of people put all their hands in the middle, signifying unity and teamwork in DS AUTO.

Ini bukan kerja kami.
Ini karya kami.